Thursday, October 11, 2007

Gemilang di angkasa

Semalam aku bergegas balik selepas berbuka puasa di Alor Setar semata2 tak mahu terlepas peristiwa ini. Tepat pukul 9.00p.m aku dah sampai rumah. Jam 9.21 seluruh rakyat Malaysia memanjatkan syukur kepada tuhan terhadap pelancaran angkasawan pertama negara dengan SoyuzTMA-11. Malaysia kini tersenarai di antara 29 negara di dunia yang menerokai angkasa. Tahniah Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheik Mustapha, anak muda dari Seremban yang mengkagumkan. Ini lah peristiwa yang bersejarah sempena 5o tahun merdeka yang menjadi kebanggaan kita semua.

ehhhh kesian kat orang ramai yang berkumpul di Dataran Merdeka... tv besar tak berfungsi... apapun mereka tetap bersemangat dengan jeritan Malaysia Gemilang, Malaysia Gemilang....

dan kalau ada sapa2 yang bersedih tak dapat balik beraya atau beraya di perantauan, fikirkan jugak Syeikh Muzaphar yang beraya di angkasa. Di luar orbit u.....

Semua cerita dan berita mengenai angkasawan boleh di tonton melalui Astro Channel 558 dan boleh di layari di blog angkasawan , angkasa dan banyak lagi web khas.

sumber berita : Berita Harian & Utusan Malaysia

No comments: