Friday, July 4, 2008

Majlis Tilawah Al-Quran

Nampak tak widget kat atas tu... tahukah anda program tersebut akan berlangsung di Kedah. Ramai yg tak tahu kan, malang bagi kita program2 keagamaan spt itu tidak dipromosikn langsung.

Aku menjenguk portal Kerajaan Negeri Kedah tiada langsung dinyatakn program ini, aku jugak menjenguk portal Jabatan Agama Islam Kedah tiada jugak. Sebenarnya kita memandang sepi program spt ini . Utk program anugerah hiburan terpampang iklan disana sini, penuh 1 muka suratkhabar.

Aku sendiri sebenarnya tidak tahu langsung yg Kedah menjadi tuan rumah majlis tersebut. Aku mengetahuinya melalui myhubby, itupn kerana beliau & pelajar2nya terlibat dalam persembahan nasyid di majlis tersebut.

Lantaran itu aku terfikir sesuatu ................
Berapa banyak anugerah hiburan yang ada di Malaysia & cuba kira berapa nilai hadiah yg diterima oleh artis hiburan kita berbanding pemenang tilawah ini. Contohnya seorng pemenang anugerah bintang popular menerima hadiah bernilai RM185,000.00 (ini baru 1) manakala johan tilawah negeri kelantan baru2 ini menerima dinar emas bernilai RM10,000.00 serta pakej umrah yg bernilai RM5,000.00 . BEZAKAN LAH!

5 comments:

Monster Mom said...

Betoi tu...

Kalau jom heboh ka... wah..grand gila.. tapi bila aktiviti suci camni dah jadi sepi pula...

penonton pun, yg sumer veteren gitu.

hafizanbukitabal said...

saya pernah masuk tilawah.. peringkat daerah..dapat johan.. hadiah RM200 je, bukan nilai jadi ukuran, tapi bezakan la dengan pertandingan karoeke kat supermarket....

Ezad said...

org kita memang begitu...

kalau tanya siapa pemenang anugerah artis popular, budak umo 6 thn pun tau.. tp kalau tanya johan musabaqah.. si tua umo 60 thn pun belum tau..

*termasuk la yg bagi komen ni*

Jentayutiara said...

MM, HafizanBA, Ezad ...>> dimana silap kita? Islam hadari atau tdk yg tak menyedari?

hafizanbukitabal said...

mujurla sekarang ni,kementerian pelajaran malaysia buat program j-QAF, saya tgk memang betul, ramai murid seawal tahun 1 dah dapat baca quran dengan baik.. saya dulu pun tak dapat macam ni. TAHNIAH PAK LAH!! walau banyak cacian yang andai dapat.perkara yang baik tetap baik disisi ALLAH.