Wednesday, July 2, 2008

Histeria & Saka

Ptg semlm hubby call bg tau seorng pelajar dia diserang histeria, sampai petang br budak tu ok. Aku sebnarnya tak faham sangat pasal histeria nie so aku tanya la pakcik Google & makcik Wikipedia. Bagi aku histeria adalah penyakit, sakit yg melibatkn gangguan psikologi dan pengaruh unsur mistik. Pekara ini sememangnya misteri. (maklumat lanjut mengenai histeri : Klik sini)

Malamnya aku ikut hubby dan ustaz kat universiti tu berubat. Semasa proses perubatan tersebut dijalankan pelajar ini melawan dgn agak agresit melebihi kudrat seorng perempuan. Aneh kan, meronta dgn kuat walaupun dipegang oleh beberapa org lelaki. Sambil berubat ustaz meminta semua yg ada membaca ayat Qursi. Akhirnya pelajar tersebut dpt dipulihkn tetapi dia terlalu lemah dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti. Aku tak pasti samada dia tido atau pengsan kerana semasa dia diangkat dr tilam ke katil pengusung seterusnya di bawa masuk ke dalam ambulan dia tidak terjaga langsung. Pelikkn, kalau kita tido bila diangkat tentu terjaga kan....

Ustaz menasihatkn semua yg ada agar memperbanyakkn bacaan Al-Quran sesungguhnya hanya Al-Quran yg dapat melemahkn syaitan dan Al-Quran adalah penawar bg semua jenis penyakit. Aku dimaklumkan perkara ini disebabkan SAKA. So aku cari info pasal saka pulak ...

" Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. " (sumber : Penawar.com)

Apapun bg aku kejadian mcm nie memang pelik, soalnya kenapa histeria cuma terjadi dikalangan orng melayu , perempuan melayu beragama islam, bangsa lain, agama lain tak ada ker? DivaHantu... apa pendapat anda? Divahantu adalah ahli kumpulan Qudratullah so dia byk pengalaman mengubat hal2 mistik mcm nie!

6 comments:

muadzlife said...

hmmm..bukan ke sebb melayu islam yg ramai ada PhD..:)...hehehheehhe

KAMATO said...

Memang perangai saitan tu adalah untuk menyesatkan orang islam, tu yg selalu kacau orang melayu je

azam said...

ya jugak hantu hanya kacau yang pompuan melayu ja hrmmm maybe itulah keistimewaan gadis melayu, siapa bilang gadis melayu tak menarik.. eh cam lagu lak

Jentayutiara said...

muadzlife ...>> hehehe Perasaan Hasad Dengki

kamato ...>> betui 2 tak kn dia nk kacau org yg dah sesat kan.

azam ...>> rasa nak gedik la!

Syam said...

sya ingat hantu ni sekadar imaginasi saja lah sebabnya lain tempat lain lak version dan rupe hantunya. barat dengan drakula, china dgn hantu lompatnya dan malaysia dgn pontianak dll.


cheers,

syam @ http://aeropama.com

Azhar Abdullah said...

Saya pernah terbaca kaum lain jugak ada kena..tapi bergantung kepada kepercayaan depa...ada org cina jiran saya di penang dulu, dia percaya anak dia kena rasuk, panggil bomoh cina...ada pulak yang tak percaya maka pi psychiatrist...

Apa pun yang penting kena kuatkan semangat diri dan banyakkan Al-Quran macam ustaz tu kata...